Assalamualikum dan alhamdulillah ucapan syukur diucapkan kepada pada pembaca sekalian. hari ini berjumpa lagi dan hari ini juga tengku ada post nak dikonsikan bersama. ok post ne sangat berguna dan kalau boleh kita sama2lah ambik iktibar dan kebaikan yang ada dalam post ini. terima kasih kepada penulis asal post ne sebab telah menerbitkan suatu karya yang berguna untuk dikongsi bersama.
Ketika aku masih lagi di bangku sekolah, melafazkan
cinta itu merupakan perkara yang mudah. Bukan aku sahaja yang melakukan
sebegitu tetapi ramai lagi kawan-kawan aku melafazakan cinta antara satu sama
lain. Ketika itu mungkin rasa ingin tahu terhadap cinta itu sangat tinggi
mengatasi rasa ingin tahu untuk membina cita yang lebih cerah pada masa akan
datang. Itulah senario yang berlaku pada aku dan juga kawan-kawan. Mengapa
begitu mudah cinta itu dilafazkan?
Setelah
tamat alam persekolahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Dan ternyata
cinta selama ini yang mereka banggakan seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Tiada sebarang ikatan,tetapi sekadar saham dosa di akhirat kelak. Semasa di
kolej matrikulasi aku pernah terdengar yang si lelaki merupakan pemilik tulang
rusuk kiri si wanita. Apa kaitan antara lelaki dan wanita tersebut? Allah S.W.T
memang menjadikan lelaki untuk melindungi si wanita dan wanita untuk
membahagiakan si lelaki. Itu lumrah kehidupan yang perlu kita terima.
Terdapat
satu hadis yang berbunyi:
"Berlaku
baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang
bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu
akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka
berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
-
Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Kadang
kala terasa malu jika melihatkan diri yang kerdil lagi hina untuk dimiliki oleh
seorang wanita yang solehah. Malu untuk mengaku bahawa itulah tulang rusuk kiri
aku sendiri yang sekian lama terbenam dalam tubuhnya. Dengan adanya tulang
rusuk tersebut, dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah
di atas muka bumi ini. Bagaimana pula dengan aku? Persoalan yang sering timbul
di dalam benak fikiran aku ialah sudah cukup bagus ke aku untuk memiliki wanita
yang cukup sempurna imannya, manis rupa parasnya,sopan santunnya dan elok budi
pekertinya?
Ada
sesekali aku berfikir akan dosa dan noda yang telah aku lalui selama ini,
layakkah aku untuk mengaku tulang rusuk itu milik aku? Belum cukup sedia aku
rasakan. Banyak lagi perkara yang aku harus pelajari untuk menjadi lelaki
sejati yang berpaksikan keimanan dalam kehidupan seharian. Sebagai suami dan
bapa kelak, perkara-perkara yang berkaitan dengan iman,amal perlu dititik
beratkan agar si wanita (isteri) berasa bangga bahawa tuan milik tulang rusuk
kirinya selama ini merupakan seorang yang soleh dan taat kepada ajaran Allah
S.W.T.
Bagaimana
pula jika aku masih seperti dulu? Solat mudah ditinggal-tinggalkan, berhibur
tanpa batasan antara lelaki dan perempuan, puasa sentiasa ada cacat celanya,
masjid, surau ibarat tempat yang asing bagi aku. Pasti kecewa wanita solehah
itu, hancur hatinya. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu mengimpikan seorang
lelaki yang seagung Rasullulah dan
sehebat sahabat-sahabat nya.
Firman
Allah S.W.T:
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang
baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (begitu pula sebaliknya).
Bagi mereka ampunan dan reski yang melimpah (yaitu : Surga)
(Qs. An Nuur (24) : 26)
"Wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik?"
Pada
satu ketika dulu aku pernah terfikir, untunglah lelaki yang baik,kerana mereka
akan memperoleh wanita yang baik. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk
menjadi salah seorang lelaki yang beruntung itu. Lalu aku abaikan firman Allah
yang suci ini dan terus leka dan lalai dalam pelukan duniawi. Kini umur hampir
mencecah 22 tahun, makin hari perkara ini sering bermain di kotak minda aku.
Sampai bila untuk aku jadi begini?lalai dari semua perintahNya? Timbul rasa
insaf dan ingin kembali kepada fitrah kejadianku. Dari situ juga aku banyak
bermonolog sendiri,
"Jika
aku seorang lelaki yang jahat, adakah aku akan menerima wanita yang sama jahat
sebagai isteri aku?"
"Bagaimana
jika aku seorang lelaki yang baik?"
Dari
situlah bermulanya pengembaraan tranformasi untuk menjadi insan yang mulia di
sisiNya. Rasa malu terhadap Allah S.W.T itu kian menebal dan seiring rasa segan
untuk berhadapan wanita solehah yang memiliki tulang rusuk itu buat sekian
kalinya. Semua perasaan bercampur menjadi satu. Rasa malu kepada Allah
sehinggakan timbul rasa rindu kepadaNya. Baru sekarang aku dapat rasakan betapa
tenangnya hidup ini jika semua perintah Allah kita lakukan dengan hati yang
ikhlas dan laranganNya ditinggalkan jauh dari diri ini.
Namun
sudah bersediakah aku untuk mengaku kepada wanita solehah itu yang akulah tuan
milik tulang rusuk kirinya selama ini? Tepuk dada tanyalah iman. Pendek kata
apa yang aku lalui sekarang hanya sekadar di lapisan atas sahaja. Banyak lagi
perkara yang aku harus belajar agar wanita itu boleh menerima aku sebagai
suaminya yang taat kepada Penciptanya dan kasih kepadanya sepenuh hati.
Dan
sekarang,aku punya satu hasrat terhadap wanita solehah itu, ketahuilah bahawa
aku sedang mempersiapkan diri untuk memilikimu sebagai teman hidup aku yang
sah.