Assalamualaikum kawan2 semua lama tak jumpakan?. . . . maaf dan
sorry sebab sekarang masa tak mengizinkan tengku untuk mengadap internet ni so
susah sikit la nak share ape2 kat blog ni. . . hehe tak ape la...ok sekarang
tengku nak sharekan sedikit coretan sahabat. . . namanya aizuddin jugak hehe
same dengan nama tengku...ok tanpa membuang masa lagi anda baca dan fahamlah
ape yang cuba sahabat kita ini cuba sampaikan, semoga bermanfaat buat kita
semua...amin :)
"Aku dah berbincang dengan parents aku. Diorang bersetuju
untuk berkenalan dengan keluarga sebelah sana, hujung minggu ni".
Aku membalas dengan senyuman. Mengucapkan tahniah kepada
sahabatku. Sudah melangkah lagi setapak ke hadapan. Alhamdulillah. Sebelum ini,
ibu bapanya seolah-olah menghalang. Tidak bersetuju.
Antara alasan 'typical' yang digunakan ibu bapa adalah:
(1) "Nanti
dah berkahwin, nak bagi anak bini makan apa? Pasir?"
Bukanlah bermaksud aku tidak bersetuju dengan pandangan sebegitu.
Realitinya, kita perlukan duit dan harta, demi sesuap nasi. Berpijak dibumi
yang nyata. Ibu bapa berbicara berdasarkan ilmu dan pengalaman yang mereka ada.
Penat lelah membesarkan kita. Jangan dinafikan pandangan mereka. Cuba berlapang
dada. Mereka ingin melihat reaksi kita; samada terus memberontak atau terus
bersabar jika mereka menghalang niat suci kita. Yang mana satu pilihan kita?
Namun, jangan dilupakan apa yang telah dijanjikan Allah di dalam
Al Quran;
"Dan kahwinkanlah orang-orang
bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh
dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur ayat 32)
Rezeki tu rahsia Allah. Jika seorang anak lelaki sudah berusaha
untuk bekerja sambilan sambil belajar, demi menunjukkan kesungguhan dalam
mencari rezeki, mengapa tidak diberikan peluang kepada anak tersebut? Tak kira
sehina mana pun kerja tersebut, seperti 'cleaner' mencuci tandas. Biar hina di
mata manusia, tetapi tidak hina bagi Allah. Rezeki halal. Ibu bapa juga harus
pandai menilai usaha yang dilakukan anak. Jangan hanya terus menggunakan kuasa
'authoriti' tanpa memberikan peluang untuk berbincang dengan anak. Seolah-olah
pandangan anak adalah 100% salah.
Namun, jika seorang anak itu tidak menunjukkan kesungguhan dalam
mencari rezeki serta hanya mengharapkan duit ibu bapa, mungkin perlu difikirkan
semula samada nak berikan 'green light' atau tidak kepada anak tersebut.
"Dan orang-orang yang tidak
mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga
Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya;..................."
(Surah An-Nur ayat 33)
Jangan hanya pandai bercinta. Soal rezeki, diserahkan kepada ibu
bapa pula.
2) "Kau tu
muda lagi, mana boleh berkahwin"
Soal umur. Antara perkara sensitif dalam kalangan masyarakat kita.
Masyarakat begitu mudah menilai isu umur. Lebih tua dikatakan lebih matang.
Lebih muda dikatakan tidak matang. Begitu hebatnya kuasa angka!
Matang bukanlah dinilai berdasarkan bilangan angka. Ada sahaja
yang masih muda, tetapi berfikiran matang dan hebat dalam berbicara.
Matang dapat dinilai dari segi kehidupan sehariannya. Dari seawal
bangun tidur, sehinggalah bersiap-siap untuk tidur semula. Perkara yang paling
mudah. Adakah dia membaca doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur?
Adakah dia meletakkan 'addin' atau Islam sebagai gaya hidupnya?
Adakah dia melaksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan segala
larangannya? Bagaimana pula pergaulannya dalam seharian? Adakah dia sensitif
dengan isu-isu semasa? Adakah dia mampu mengawal diri tatkala diri ditimpa
musibah?
Jika soalan-soalan di atas dapat dijawab dengan baik, maka itulah
matang bagiku.
Begitu besar definisi matang. Setiap orang mempunyai pendapat yang
berbeza.
"Aku dah matang sebab dah lama tak tengok kartun."
"Aku dah nak kahwin. Jadi, aku kena berubah menjadi
matang."
Dalam suatu kisah, Imam Abu hanifah berjumpa dengan seorang budak.
Budak tersebut kelihatan seakan-akan ingin tersadung, dek kerana selipar yang
dipakainya.
Imam Abu Hanifah menegur; "Kau
akan terjatuh kerana selipar itu." Imam
memberikan peringatan.
Kemudian, budak tersebut menegur; "Bukankah engkau Imam Abu
Hanifah?"
"Iya, akulah Imam Abu Hanifah."
Budak tersebut memberikan nasihat;
"Sekiranya aku tersadung, aku hanya akan tersadung di dunia,
disebabkan selipar ini. Tetapi, sekiranya engkau wahai Imam Abu Hanifah,
tersadung disebabkan jawatan engkau, engkau bukan sahaja tersadung di dunia,
malah engkau juga akan tersadung di akhirat".
Imam Abu Hanifah menangis.
Subhanallah! Seorang budak menegur seorang ulama yang hebat! Tanpa
mengira usia! Jika kejadian ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita, aku
sudah dapat mengagak kejadian yang akan berlaku.
"Kurang ajar punya budak! Kecil-kecil lagi dah pandai
menjawab!"
Begitulah realiti masyarakat kita. Terlalu merumitkan isu umur.
Sewajarnya ibu bapa perlu pandai untuk menilai kematangan
seseorang anak. Perhatikan kehidupan sehariannya ketika bercuti semester di
rumah.
Adakah dia ringan tulang, menolong melakukan kerja rumah? Adakah
dia berkawan dengan orang yang baik-baik? Adakah dia selalu pergi menunaikan
solat di masjid? Adakah dia selalu mengisi masa-masa lapang cutinya dengan
perkara-perkara bermanfaat?
Jika jawapannya 'ya', maka berani aku katakan,
"Mak cik dan pak cik, berilah peluang kepada anakmu.
Berbincang secara ilmiah mengenai pendiriannya untuk bernikah".
Tetapi, jika jawapannya 'tidak', maka akulah orang pertama yang
akan menghalangnya untuk bernikah. Sungguh, dia belum bersedia memikul tanggungjawab
untuk bernikah. Kasihan bakal isterinya!
"Tapi, parents aku cakap, aku tetap kena kahwin lepas grad,
insyaAllah dalam dua tahun lagi. Jadi, buat masa sekarang, aku buat apa yang
termampu dulu. Kenalkan dengan ahli keluarga kedua-dua pihak."
Aku kagum dengan kematangan sahabatku dalam berfikir. Sungguhpun
umurnya masih muda. Beliau melibatkan ibu bapa dalam urusan sebegini. Ada
sahaja dalam kalangan sahabat aku yang 'hangat bercinta' namun apabila ingin
bertemu keluarga, menolak. Aku 'anti' dengan lelaki sebegitu. Manis bicara di
hadapan wanita. Tetapi tidak mahu serius dalam perhubungan. Tidak mahu berjumpa
dengan ibu bapa.
Rasulullah saw bersabda:
"Keredhaan Allah terletak pada
keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan
ibubapa"
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Parah apabila sudah hanyut dalam percintaan. Sanggup mengenepikan
ibu bapa. Begitu mudah seorang anak melupakan jasa ibu bapa yang membesarkannya
sejak kecil. Itulah kuasa cinta. Sehinggakan ada yang sanggup kahwin secara
diam-diam!
Ibnu Qayyim al-jauziyah pernah mengatakan bahawa; 'cinta boleh
lenyap bersama lenyapnya sebab'.
Jika kita mencintai seseorang kerana hartanya, maka hartanya akan
lenyap jika muflis.
Jika kita mencintai seseorang kerana kecantikannya, maka kita akan
meninggalkannya tatkala dia tua.
Jika kita mencintai seseorang kerana agamanya, maka kita akan
bahagia kerana jika agamanya baik, maka secara 'automatik' cantik dan hartanya
juga akan menjadi baik.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Seorang wanita itu dinikahi
kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya.
Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rancang dari awal. Lakukan step by step! Jika sudah ada calon,
kenalkan dengan ibu bapa. Muliakan mereka. Maka hidup kita akan aman. Dunia
mahupun akhirat.
Kepada ibu bapa, jika anakmu benar-benar bersedia, sungguhpun
masih muda, mengapa tidak, untuk sama-sama berbincang dahulu? Tidak semestinya
pendapat anak adalah salah. Berikan peluang untuk berbincang. Bermusyawarah
dengan hati, bukan dengan nafsu.
Wallahua'lam.
~ Ikuti sambungan Saat Aku Bernikah (Bahagian 2)
0 comments:
Post a Comment