Friday, January 28, 2011

Benarkah air mata seorang lelaki begitu menguji keegoan dan sifat kelelakian mereka?





MELIHAT seorang wanita menangis, mungkin pemandangan kita terlalu biasan dan menganggap dia terlalu sensitif. Tetapi, bagaimana pula sekiranya seorang lelaki yang terkenal dengan sifat gagahnya meraung disebabkan keegoannya dicabar? Atau menangis meratapi perpisahan dengan pasangannya?

Peristiwa yang jarang sekali berlaku. Ini kerana, sejak dari kecil lagi mereka dididik menjadi seorang yang pintar ketika menahan kesakitan, keperitan dan mengendalikan emosi.

Benarkah setitis air mata yang mengalir ke pipinya membuatkan diri rasa tercabar? Namun, tidak semua lelaki berhati 'batu' dan gentar. Manakala sebahagian daripada mereka menganggap, kesedihan yang melanda ke atas diri sehingga tidak terdaya menampung air mata mampu merungkai emosi seorang jejaka.

Begitu juga dengan kamu, dia tidak dapat menahan kesedihan di saat kamu gagal memenuhi segala janji dan kemahuannya. Justeru dengan mudah, dia menitiskan air mata kala hal buruk menimpa dirinya, walaupun berlaku berulang kali.

Antara punca lelaki akan menangis dalam percintaan kerana :-

- Si lelaki dianggap tidak wujud oleh wanita kesayangannya.

- Si lelaki melihat wanita kesayangannya bermesraan, curang, berpelukan   dengan lelaki lain.

- Si lelaki tidak dapat membahagiakan wanita yang di sayangi.

- Si lelaki mendapat tahu si wanita kesayangannya berpura-pura mencintai dia.

- Wanita yang disayanginya tidak mencintainyanya secara ikhlas dan sepenuh hati, tetapi sekadar menggunakannya.

- Si lelaki tidak dapat membantu wanita kesayangannya apabila wanita tersebut benar-benar mahukan pertolongan.

- Si lelaki berasa dipergunakan oleh wanita kesayangannya.

- Si lelaki melihat wanita kesayangannya sakit, bersedih dan menangis.

- Si lelaki merasakan wanita kesayangannya bukan miliknya tetapi untuk lelaki yang lebih baik sempurna darinya.

- Si lelaki ditinggalkan oleh wanita yang dicintainya.

1 comments:

Mochalover said...

ley wt puisi dan lagu ey,.. :D

Post a Comment