FAKTA | HURAIAN 1 | HURAIAN 2 |
1. Bai’ah Al Aqabah. | -Perjanjian Aqabah 2 -berjanji untuk berjuang bersam-sama Nabi dan mempertahankan Nabi | -jemputan dari pemimpin Madinah agar Nabi datang menjadi pemimpin mereka. -Nabi merasakan masanya telah tiba bagi umat Islam untuk keluar dari Mekah. |
2. Tekanan yang semakin meningkat di Mekah | -Kota Mekah tidak lagi dianggap sebagai kawasan yang sesuai untuk perkembangan Islam | -Pelbagai halangan mental dan fizikal dikenakan kepada Nabi dan orang-orang Islam sehingga ancaman bunuh dilakukan. |
3. Umat Islam semakin menderita. | -Penyeksaan keatas golongan hamba semakin berleluasa | -seluruh umat Islam dan Bani Hashim telah dipulaukan dari segi : -sosial -ekonomi -polotik |
4. Kegagalan seruan ke Taif | -Nabi Muhammad dan hambanya iaitu Zaid bin Harithah pernah cuba menyampaikan Islam ke Taif namun dihina dan diejek dan dilontar dengan batu. -pengaruh Quraisy sangat kuat di Taif. | -Pemimpin Bani Thaqif di Taif mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Quraisy Mekah |
5. Kejayaan di Habsyah | -Habsyah digelar sebagai bumi kebenaran yang diperintah oleh Raja Najashi yang terkenal adil | -masyarakat Hasyah dan Madinah lebih hampir kepada agama langit dan telah biasa dengan soal-soal ketuhanan dosa dan pahala. |
6. Kematian dua tokoh. | -Nabi kehilangan 2 orang penyokongnya yang paling setia iaitu isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib | -semakin berani untuk bertindak ke atas Nabi. |
7. Umat Islam telah ramai di Madinah | -Kota Madinah sendiri memang sesuai untuk dijadikan markas gerakan Islam yang baru | -Orang-orang Madinah telah berikrar dengan Nabi dan menyebarkan Islam di kalangan keluarga mereka |
8. Penduduk Madinah lebih mudah menerima Islam | -Penduduk Madinah menganut agama yang lebih hampir dengan agama Samawi. | -di Madinah terdapat keluarga Nabi Muhammmad melalui pihak ibu kepada datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib dari Bani Najjar. |
9. Kedudukan Madinah yang strategik | -Madinah mempunyai kedudukan ditengah-tengah jalan perdagangan antara Yaman di Selatan dan Syam diutara. | -kabilah-kabilah Quraisy terpaksa melalui Madinah jika ingin berurusan dengan Palestin atau Syam. |
10. Komplot pembunuhan ke atas NabI | -Pemimpin Quraisy telah mengadakan perbincangan di Darul Nadwah dan mengambil tindakan nekad agar Nabi tidak sempat berhijrah.(bunuh) | -menyebabkan kedudukan Nabi tidak lagi selamat sekiranya terus di Mekah |
11. Wahyu dari Allah | -wahyu yang diturunkan Allah dan Surah al Anfal ayat 30 | -memberi peringatan kepada Nabi tentang pakatan Quraisy dan sebagai satu gesaan supaya Nabi berhijrah. |
0 comments:
Post a Comment