LATAR BELAKANG
l
Nama sebenar beliau Raja Ali Haji bin Raja Ahmad atau dikenali sebagai Raja Ali Haji ialah, ahli Ulama’,ahli sejarah serta pujanggan bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa melayu melalui Pedoman Bahasa
l
Beliau dilahirkan di pulau penyengat, kepulauan Riau dan merupakan keturunan kedua cucu kepada raja fisabilillah, yang dipertuan IV dari kesultanan lingga riau.
l
Sebagai seorang putera dari golongan bangsawan riau, beliau banyak memainakan peranan bagi meningkatkan pulau penyegat sebagai pusat kebudayaan melayu dan pusat pengetahuan islam, misalnya, beliau pernah menjemput para ulama yang pernah menjadi gurunya untuk mengajar ilmu pengetahuan islam di penyengat.malahan beliau pernah mengajar ilmu agama islam di pulau penyengat.
PENDIDIKAN
l
Beliau mendapat pendidkan pertamanya semasa mengikuti bapanya Raja Ahmad yang menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan olehnya untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri yang mengajarnya tentang pelbagai ilmu falak.
l
Raja Ali Haji juga pernah tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka masa yang agak lama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau mempelajari bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah.
l
Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan Belanda seperti T. Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya.
l
Setelah sekian lama, Raja Ali Haji terjun ke bidang pendidikan. Beliau dikatakan telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya.
l
Raja Ali Haji meninggal dunia di riau pada sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah republik indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006
MOTIF PERJUANGAN
l
Pemikiran dan perjuangan Raja Ali Haji bin Raja Ahmad adalah untuk membangunkan kembali khazanah kebudayaan melayu melalui kegiatan keilmuan, diantarannya adalah, dengan mendirikan lembaga pendidikan keagamaan yang menekankan pentingnya pendidikan moral serta mengalakkan penulisan dan kesusteraan dalam rangka membebaskan masyarakat daripada belenggua ketertindasan oleh penjajah
KARYA
Beliau yang terdidik dalam ilmu agama islam dan pengetahuan ilmu yang lain telah menghasilkan karya dalam pelbagai bidang antaranya agama, bahasa, sastera, sejarah, dan undang- undang.
l
Karya beliau dalam bidang agama ialah
1) bustanul-katibin lissubyanil-muta’alimi ( 15 april 1857)
2) kitab pengetahuan bahasa (1858 diterbit pada tahun 1927 Al-Ahmadiah Press,Singapura)
l
Dalam bidang sejarah pula beliau telah menghasilkan dua buah karya iaitu
1) kitab salasiah melayu dan bugis dan sekalian raja-rajanya
2) Tuhaful-Nafis ( Hadiah yang Bernilai)
l
Minat yang mendalam dalam bidang sastera telah menarik minatnya untuk menghasilkan beberapa buah syair antaranya
1) syair jatuhnya negeri johor
2) syair gurindam dua belas
3) syair taman permata
4) syair abdul muluk
5) syair hukum nikah
l
Disamping itu, dua buah karya undang-undang yang turut dihasilkan ialah
1) Thamaral-al-muhamed
2) Ahli’l-Mahkamah
3) mukaddimah fi intizam al-wazaif al-malik
0 comments:
Post a Comment