Hikmah Di Sebalik Merahsiakan
Seronok
melihat sahabat-sahabat yang sudah melangkah ke hadapan. Ada yang sudah
bertunang. Ada yang sudah bernikah. Masing-masing berusaha untuk melengkapkan
sebahagian daripada agamanya. Namun, harus diingat adab dalam bertunang dan
bernikah.
Cubalah
sebaik mungkin untuk merahsiakan pertunangan. Nabi Muhammad saw bersabda
yang bermaksud;
"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang
perkahwinan"
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)
"Kenapa nak perlu sorok
pula. Aku buat benda baik. Bertunang. Nak kena heboh kat FB ni. Tukar status
'single' kepada 'engaged'."
Tidak
menjadi masalah. Siapalah aku untuk menghalang dan mengatakannya perbuatan yang
salah. Minta fatwa hati masing-masing. Jika dirasakan wajar untuk menghebahkan
pertunangan, maka teruskan.
Namun,
harus diteliti hikmah disebalik apa yang nabi ingatkan pada kita.
Kenapa perlu rahsiakan pertunangan?
1) First!!
Perlu diingat bahawa bertunang bukanlah sebagai 'lesen' untuk membawa anak dara orang lain 'dating'. Ke hulu ke hilir. Dia tetap bukan mahram bagi kita. Elakkan keluar berdua, melainkan bersama mahram.
Perlu diingat bahawa bertunang bukanlah sebagai 'lesen' untuk membawa anak dara orang lain 'dating'. Ke hulu ke hilir. Dia tetap bukan mahram bagi kita. Elakkan keluar berdua, melainkan bersama mahram.
2) kedua!!
Bertunang tidak semestinya membawa ke arah pernikahan. Ada sahaja yang bertunang, tetapi putus di tengah jalan. Nauzubillah. Bayangkan jika kita sudah heboh kepada satu dunia bahawa kita sudah bertunang. Tidak lama selepas itu, kita putus tunang disebabkan tidak sehaluan. Bukankah perkara tersebut mengaibkan, kerana pertunangan sudah heboh? Mungkin silaturrahim antara dua keluarga juga terjejas. Dihasut dan diapikan oleh orang luar.
Bertunang tidak semestinya membawa ke arah pernikahan. Ada sahaja yang bertunang, tetapi putus di tengah jalan. Nauzubillah. Bayangkan jika kita sudah heboh kepada satu dunia bahawa kita sudah bertunang. Tidak lama selepas itu, kita putus tunang disebabkan tidak sehaluan. Bukankah perkara tersebut mengaibkan, kerana pertunangan sudah heboh? Mungkin silaturrahim antara dua keluarga juga terjejas. Dihasut dan diapikan oleh orang luar.
Ada
hikmah disebalik merahsiakan pertunangan. Jika putus ditengah jalan,
sekurang-kurangnya hanya ahli keluarga sahaja yang tahu. Lebih kecil
mudaratnya.
"Hmm, boleh ke tidak, kalau nak berhubung dengan
tunang?"
Tidak
menjadi masalah. Perlu berhubung, untuk urusan yang menjurus ke arah
pernikahan. Penting untuk saling berbincang. Tetapi, jangan sampai
berlebih-lebihan!
Jangan
biarkan urusan menjadi alasan. Syaitan terlalu pandai dalam tipu daya.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka
disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran
Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)"
(Surah al-A'raaf ayat 201)
(Surah al-A'raaf ayat 201)
Namun,
ada juga golongan yang tegas dalam isu ini.
"Kita tak boleh berhubung dengan tunang kita! Kita kena jaga
hati kita. Nanti zina hati. Biar ibu bapa kita sahaja yang uruskan."
Ada
benar. Ada salahnya. Terpulang pada diri masing-masing. Mintalah fatwa hati.
Ustazah Fatimah Syarha pernah berkata dalam beberapa forumnya; "Apa itu urusan? Urusan adalah apa yang
kita yakin boleh bentangkan hujah-hujah di hadapan Allah swt."
Masih Belum Tiba Masanya
"Hmm, aku masih belum berpunya lagi."
Hanya
itu yang dapat kuungkapkan, apabila ditanya. Ramai juga yang mempersoalkan.
Aku
percaya, di sebalik segala apa yang berlaku pada diriku, pasti ada hikmah. Aku
sangka sudah berjumpa yang sesuai, namun mungkin bukan. Aku sangka si dia.
Mungkin betul mungkin salah. Sungguh, jodoh itu rahsia Allah. Kita hanya mampu
berusaha. Sedangkan yang sudah bertunang pun belum pasti bahawa itu adalah
jodohnya!
Seseorang
itu sememangnya jodoh kita, setelah terlafaznya akad nikah. Ya, setelah akad
nikah. Bukannya setelah bertunang kerana hakikat pertunangan itu bukanlah suatu
jaminan.
Tidak
perlu aku cerita kisah hidupku. Dikhuatiri membuka aib pula. Aku juga bukanlah
manusia yang sempurna. Allah sedang memberi peringatan kepadaku.
Persiapkan diri! Maka Allah akan berikan yang terbaik untuk aku!
Malang
bagi manusia yang sibuk menerjah dalam percintaan terlebih dahulu, tetapi tidak
mahu sibuk mempersiapkan diri ke arah pembinaan baitul muslim.
Justeru,
pesan untuk dirku dan sahabat semua, lengkapkan diri dengan ilmu agama.
Memperbaiki hubungan dengan Allah dan manusia. Bagiku, mempersiapkan diri lebih
penting daripada asyik sibuk mencari calon yang sesuai.
Tidak
dinafikan. Kadangkala, pernah juga terlintas dalam fikiran
"Memilih sangat ke aku ni?"
Ya. Aku
mengaku. Tapi, kenapa aku memilih?
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan
kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Dalam pada itu
manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal
yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan"
(Surah al-Balad ayat 10-11)
(Surah al-Balad ayat 10-11)
Nak
cari teman wanita? Senang.
Nak cari girlfriend?
Senang.
Caranya?
Pastikan
anda berduit, dan mempunyai rupa paras, maka anda sudah mempunyai pakej!
Tetapi mencari
seorang wanita solehah, untuk dijadikan sebagai zaujah atau isteri, yang
sanggup susah senang bersama-sama. Yang di kala suaminya mempunyai masalah, dia
sentiasa mendokong dari belakang. Memberikan semangat.
Mungkin sukar.
Aku bukannya mencari isteri
untuk bersama-sama dengannya dalam masa satu hari sahaja, iaitu ketika majlis
perkahwinan. Seronok mengambil gambar bersama isteri di majlis perkahwinan.
Boleh 'update status FB'
daripada 'single' kepada 'married'. Ramai orang 'like' dan 'comment'. Seolah-olah menjadi selebriti secara
tiba-tiba. Seminggu kemudian, sudah sepi.
Maka
sebab itu, aku harus memilih! Aku ingin bersamanya hingga ke syurga. Justeru,
bagiku tidak salah memilih, kerana kita ada pilihan. Buruk atau baik.
"Aku rasa kau ni memilih sangat."
Pernah juga aku ditegur seorang sahabat. Aku mengambilnya sebagai
kata-kata semangat. Monolog dalaman. "Bukankah dalam urusan agama kita perlu
memilih?"
Aku letakkan 'guideline'
yang mungkin bagi sesetengah orang, dirasakan agak melampau. Syadid. Jumud.
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka............"
(Surah an-Nur ayat 24-31)
(Surah an-Nur ayat 24-31)
Sekali lagi aku tegaskan, aku tidak mencari zaujah yang sempurna
kerana diriku juga bukan seorang yang sempurna! Masih banyak khilaf dan dosa
yang dilakukan. Astaghfirullah.
Namun,
tidak salah untuk meletakkan penanda aras dalam memilih.
1)
Berpakaian muslimah.
Tak semestinya seorang ustazah dan mengambil jurusan
agama. Aku lebih cenderung untuk memilih zaujah yang bertudung labuh, memakai
sarung tangan dan stokin, berpakaian longgar dan tidak nipis. Kenapa? Aku
mempunyai fatwa hati yang tersendiri.
Bagi aku, jika dia sudah 'settle' dari segi itu, InsyaAllah dia sudah faham akan
tuntutan Islam dalam menjaga batas aurat. Bermakna dia sudah mampu menguruskan
dirinya dari segi aurat! Maka, lebih mudah untuk dia fokus kepada hal lain
pula, seperti terlibat dalam kerja dakwah dan masyarakat, serta mendidik anak-anak.
2)
Memahami bahawa aku bukanlah hak yang mutlak kepadanya.
Aku juga mempunyai
tugas dakwah yang perlu dilaksanakan. Tugas aku sebagai hamba Allah. Tugas
sebagai anak kepada ibu bapa. Tugas dalam masyarakat. Mungkin aku akan sibuk
untuk terlibat dengan kerja-kerja dakwah. Kerana kita hidup di dunia sebagai
seorang da'ie. Jadi, aku memerlukan seorang isteri yang benar-benar memahami.
Sebenarnya,
banyak lagi yang ingin ditulis. Tapi, aku kira, ini adalah yang paling penting.
Tetapi, bukanlah bermaksud yang lain tidak penting!
Nabi
Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras
kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan
kamu" (Hadith riwayat Muslim)
Namun,
jauh disudut hati, aku sentiasa merasakan diriku tidak layak, memperisterikan
seorang zaujah, seperti ciri-ciri di atas. Kenapa? Lihat sahajalah diriku.
Begitu banyak dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan.
Aku
lebih cenderung memilih seorang isteri yang sentiasa berusaha memperbaiki
amalannya, daripada memilih seorang isteri yang sempurna. Takut kecewa di hari
kemudian, kerana merasakan diri yang hina ini tidak layak!
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang)
yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari
isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati
melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu)
bertaqwa."
(Surah al-Furqan ayat 74)
(Surah al-Furqan ayat 74)
Inginkan
cinta 'High Standard', kita kena persiapkan diri untuk jadi High Standard!
(ikuti
sambungan Saat Aku Bernikah (Bahagian 3- akan datang)