HURAIKAN PERANAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH GOLONGAN MHAJIRIN DAN ANSAR DI MAKKAH DAN MADINAH PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W
FAKTA | HURAIAN 1 | HURAIAN 2 |
Peranan Golongan Muhajirin 1. Peranan mereka di Mekah | mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi melalui kekuatan iman | melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad. |
| sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan oleh kaum Musyrikin Mekah keimanan mereka sukar digugat dan tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang contohnya keluarga Ammar b Yassir dan Bilal b Rabah. | banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dimana mereka banyak membeli hamba-hamba Islam yang diseksa supaya dapat dibebaskan |
| sanggup meninggalkan Mekah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah | membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman makkah |
2. Peranan mereka di Madinah | golongan Muhajirin telah membekalkan sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain. | pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan |
Peranan Golongan Ansar 1. Peranan mereka di Mekah | sanggup menerima Islam dalam keadaan dimana orang-orang Mekah menentangnya dengan hebat. | berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mengajak Nabi meninggalkan |
| sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. | |
2. Peranan mereka di Madinah | sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. | menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini. |
| menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam terutama semasa menghadapi peperangan contohnya Salman b al Farisi. | bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah |
KESIMPULAN Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan bagi mamastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah. |
0 comments:
Post a Comment