Saturday, March 12, 2011

ramalan stpm 2011...hopefully,,,,

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1.....CIKGU WAN SUHAIMAN....

SOALAN STRUKTUR:

1. Jelaskan tiga jenis keputusan di bawah :
i) keputusan bersifat rutin
ii) keputusan bersifat adaptif
iii) keputusan bersifat inovatif 

CADANGAN JAWAPAN:

i) keputusan bersifat rutin
• Keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah yang sering wujud dalam perjalanan aktiviti harian organisasi
• Bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan sebelumnya seperti polisi, peraturan dan prosedur sedia ada

ii) keputusan bersifat adaptif
• Keputusan yang diambil berdasarkan memilih jalan penyelesaian terbaik dan menyesuaikan jalan penyelesaian tersebut dengan masalah yang sedang dihadapi

iii) keputusan bersifat inovatif 
• Keputusan yang diambil berdasarkan kepada penemuan, pengenalpastian dan penentuan masalah yang tidak berstruktur dengan pembentukan alternatif penyelesaian yang unik dan kreatif

2. Berikan maksud tabii menang-menang seperti yang dianjurkan oleh Stephen R Covey dan berikan contoh yang sesuai. 

CADANGAN JAWAPAN:

-persetujuan untuk kepentingan bersama
-cth: tuntutan gaji pekerja oleh kesatuan pekerja
-pihak majikan memberi kenaikan gaji, pihak pekerja akan meningkatkan produktiviti mereka
-lain-lain contoh yang sesuai 

SOALAN ESEI:

1. Terangkan faktor-faktor individu yang boleh menimbulkan ketegangan kepada seseorang pekerja.

CADANGAN JAWAPAN:

Personaliti 
Tidak semua pekerja suka mengambil tanggungjawab, kreatif dan suka bekerja
Tanggapan /keperluan Sekiranya sumbangan mereka tidak dibalas dengan setimpal oleh organisasi mereka akan berasa tidak puashati dan tertekan

Pengalaman 
Pekerja baru yang kurang pengalaman banyak menghadapi kesukaran menjalankan kerja
Keupayaan/rutin harian Pekerja yang kurang kemahiran akan lebih tertekan dalam melakukan kerja

Kejadian yang mengejutkan 
Kejadian seperti kemalangan yang berlaku kepada orang terdekat kepada pekerja

2. Jelaskan kaedah pengurusan ketegangan mengikut pendekatan individu. 

CADANGAN JAWAPAN:

Pengurusan masa
• Tidak akan menangguhkan kerja di saat-saat akhir
• Tidak membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah
• Memberi keutamaan kepada kerja yang penting dahulu untuk disiapkan/ ikut kepentingan

Teknik fisiologi
• Melakukan meditasi seperti menutup mata, duduk selesa dan relaks, bernafas dengan perlahan dan mendalam dll 
• Mengambil rehat dan tidur yang cukup serta melakukan urutan pada tubuh badan juga dapat meringankan ketegangan akibat tekanan kerja dan kehidupan seharian.

Melakukan senaman
• Aktiviti ini dapat menyihatkan badan dan seterusnya akan membawa kepada minda yang cerdas
• Melakukan senaman seperti berjoging,berjalan kaki, berenang, menunggang basikal, taichi dll


Mendapat sokongan sosial
• Mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dalam melaksanakan sesuatu dapat mengurangkan ketegangan
• Mempunyai tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain

0 comments:

Post a Comment