My...World....My....Lifee....MY Journey
| FAKTA | HURAIAN 1 | HURAIAN 2 |
| Peranan Golongan Muhajirin 1. Peranan mereka di Mekah | mempertahankan keutuhan agama Islam yang baru disampaikan oleh Nabi melalui kekuatan iman | melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Nabi Muhammad. |
| | sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan oleh kaum Musyrikin Mekah keimanan mereka sukar digugat dan tetap tabah bagi memastikan Islam terus berkembang contohnya keluarga Ammar b Yassir dan Bilal b Rabah. | banyak menyumbang harta benda dalam membantu perjuangan Nabi seperti sahabat-sahabat Nabi yang kaya contohnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Dimana mereka banyak membeli hamba-hamba Islam yang diseksa supaya dapat dibebaskan |
| | sanggup meninggalkan Mekah dan segala kekayaan yang dimiliki semata-mata mengikut Nabi berhijrah ke Madinah | membantu mengembangkan Islam secara sembunyi dan terbuka sepanjang zaman makkah |
| 2. Peranan mereka di Madinah | golongan Muhajirin telah membekalkan sebahagian besar daripada tokoh-tokoh pahlawan terbilang yang menjadi tunggak kekuatan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh. Tokoh-tokoh tersebut seperti Umar al Khattab, Hamzah b Abdul Muttalib, Ali b Abi Talib dan lain-lain. | pembantu Nabi dalam usaha baginda memimpin umat Islam Madinah dalam soal-soal keagamaan dan pemerintahan |
| Peranan Golongan Ansar 1. Peranan mereka di Mekah | sanggup menerima Islam dalam keadaan dimana orang-orang Mekah menentangnya dengan hebat. | berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi dan mengajak Nabi meninggalkan |
| | sanggup mengangkat baginda menjadi pemimpin mereka di Madinah kelak. | |
| 2. Peranan mereka di Madinah | sanggup menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang sahaja. | menyumbang pelbagai bantuan sosioekonomi seperti menyediakan tempat tinggal, makanan, keselamatan, modal untuk berniaga malah ada yang sanggup menceraikan isterinya untuk golongan Muhajirin ini. |
| | menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam terutama semasa menghadapi peperangan contohnya Salman b al Farisi. | bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah |
| KESIMPULAN Kedua-dua golongan Ansar dan Muhajirin mempunyai peranan yang tersendiri dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Masing-masing mempunyai peranan yang berbeza yang menjadi gabungan bagi mamastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad di Mekah dan Madinah. | ||
| FAKTA | HURAIAN 1 | HURAIAN 2 |
| KONSEP UMMAH (umat manusia atau masyarakat) | Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam piagam madinah | Dalam konteks Madinah Ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi , dan Kaum Nasrani . |
| | Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat nabi Ibrahim a.s, nabi Isa a.s dan umat nabi Muhammad saw. | Pembinaan Masjid – Ibadat & Masyarakat. |
| Mendirikan dan Memakmurkan Masjid | Masjid berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama , politik ekonomi dan sosial contoh masjid Nabawi | dapat melahirkan masyarakat Madinah yang bersatu padu |
| Penyatuan masyarakat islam Madinah melalui Al-Quran dan Hadis | nabi Muhammad saw menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan dan panduan kehidupan masyarakat Islam Madinah. | |
| Menyatukan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj | Kedua-dua kaum ini telah lama bermusuhan sehingga berlakukan peperangan yang panjang seperti Perang Buath | Baginda telah menyatukan suku Aus dan Khazraj menjadi Ansar |
| | semangat Assabiyah telah digantikan dengan semangat ukhwah. | |
| Mempersaudarakan dan Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar | kaum Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah menghadapi kesulitan fisikal . Nabi Muhammad saw telah menanamkan semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan diantara golongan Muhajirin dan Ansar | Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai dengan sabda nabi Muhammad saw yang bermaksuad “ BersaudarAlah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duan’ contohnya Saidina Umar al-Khattab dengan Utbah b Malik . |
| Membendung perancangan kaum Munafik | Kaum Munafik merupakkan kaum yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah belahkan dan menghancurkankan masyarakat islam. | Melalui wahyu baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap niat jahat kaum munafik.Langkah baginda berjaya kerana tiada permusuhan secata terbuka dan kematian ketunya Abdullah b Ubay melenyap cita-cita mereka. |
| Penyingkiran Kaum Yahudi di Madinah | Kaum Yahudi Bani Qainuqa , Bani Nadir dan Bani Quraidzah telah disingkirkan dari | Penyingkiran mereka di buat secara perundangan berteraskan keadilan |
| | Langkah baginda ini berjaya memperkukuhkan kedudukan Islam di Madinah .Dengan itu Masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat islam sahaja. | |