Saturday, March 12, 2011

PENGAJIAN PERNIAGAAN...KERTAS 2....CIKGU RUZILA 



Soalan Struktur:

SOALAN 1:
Terangkan perbezaan antara usahawan dengan peniaga. [2]

CADANGAN JAWAPAN:

1. Usahawan memulakan perniagaan dan memperkembangkan perniagaan secara komersial dengan menggunakan idea-idea baru dan juga melalui inovasi perniagaan untuk mendapatkan keuntungan.
Peniaga juga terlibat dalam memulakan perniagaan yang kebiasaannya memasarkan barangan pada lokaliti di mana ia beroperasi untuk mendapat keuntungan. Biasanya perniagaannya adalah kecil dan tidak berkembang.

2. Usahawan Mementingkan keuntungan disamping menutamakan sumbangan, jasa dan bakti kepada masyarakat dan negara 

Peniaga Mementingkan keuntungan sahaja dan tidak mengutamakan sumbangan kepada masyarakat dan negara

3. Usahawan Sentiasa berusaha untuk maju di dalam perniagaan dengan mencipta sesuatu yang baru atau melakukan pembaharuan 

Peniaga Menjalankan aktiviti jual beli tanpa melakukan sesuatu pembaharuan dan kemajuan terhadap perniagaannya

4. Usahawan Membeli, mencipta, memproses dan menambah nilai pada barangan sebelum dijual 

Peniaga Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi

5. Usahawan Berani menanggung risiko 

Peniaga Tidak berani menanggung risiko dan berpuas hati dengan perniagaan sedia ada


SOALAN 2:
Terangkan empat sumbangan usahawan kepada masyarakat. [6]

CADANGAN JAWAPAN:

1. Peluang pekerjaan
Usahawan mempelawa masyarakat tempatan untuk bekerja dan mewujudkan pekerjaan di rumah atau tempat kerja
2. Penggunaan sumber tempatan
Perniagaan membeli sebahagian sumber seperti bahan mentah di persekitaran ia beroperasi. Ini meningkatkan pendapatan penduduk
3. Penggerak ekonomi yang sihat
Memastikan kewujudan produk dan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Jika bukan keluaran baru, ia berperanan mengekal atau mengubahsuai untuk memperbaiki keluaran sedia ada
4. Menjadi sumber inspirasi / model kepada masyarakat
Memberi pendidikan, galakan dan motivasi kepada usahawan baru
5. Membangunkan industri sokongan
Mempercepatkan pertumbuhan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera melalui pembabitan bumiputera dalam perdagangan
6. Beri sumbangan sebahagian dari pendapatan kepada masyarakat sebagai tanggungjawab sosial Seperti derma kebajikan, sosial, pembinaan prasarana
7. Meningkatkan taraf hidup masyarakat
Melalui pelaksanaan dasar kerajaan seperti DEB, DPN yang bermatlamat penyusunan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Keselesaan hidup.

SOALAN 3:

Jelaskan maksud perikatan strategik dan berikan dua kaedah bagaimana perikatan strategik lazim dilaksanakan. [2]

CADANGAN JAWAPAN:

Perikatan strategik merupakan satu kerjasama / penyatuan / usaha sama / gabungan antara dua syarikat atau lebih yang bertujuan untuk mengembangkan syarikat secara cepat dan cekap serta memperoleh keuntungan / mendapat kemahiran teknologi. Perikatan strategik boleh berlaku dalam beberapa bentuk.
Kaedah:
i. Usaha sama / konsortium
ii. Pelesenan
iii. Pengeluaran secara kontrak
iv. Pemilikan bersama
v. Pengurusan secara kontrak


Soalan Esei:

SOALAN:

Seorang usahawan yang berminat untuk menjalankan perniagaan boleh memulakan perniagaan baru dengan sendiri ataupun dia boleh mengambil alih perniagaan sedia ada.

(a) Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulakan perniagaan baru. [9]

CADANGAN JAWAPAN:

Langkah-langkah dan pertimbangan:
i. Menyediakan satu perancangan perniagaan bertulis untuk perniagaan anda.
ii. Berunding dengan pakar perunding – peguam, akauntan, ahli bank, insuran, dsb.
iii. Tentukan bentuk organisasi – milikan sama ada perkongsian, sdn bhd, dsb.
iv. Jenis bantuan kewangan – sumber modal
v. Pilih lokasi
vi. Idea perniagaan
vii. Pendaftaran / undang-undang
viii. Kursus keusahawanan
ix. Menyediakan tenaga kerja
x. Persaingan

(b) Bandingkan kelebihan dan kelemahan menjalankan perniagaan antara perniagaan baru dengan perniagaan yang diambil alih.[16]

CADANGAN JAWAPAN:

Kelebihan:
i. Kebebasan membuat keputusan
ii. Peluang untuk membangunkan imej
iii. Penentuan lokasi
iv. Pilihan kemudahan fizikal / teknologi
v. Keaslian produk
vi. Saiz pasaran / syer pasaran

Kelemahan:
i. Tiada rekod terdahulu
ii. Tiada pelanggan sedia ada
iii. Usaha yang memakan masa
iv. Kesukaran memperoleh pinjaman
v. Kesukaran mendapat staf berpengalaman
vi. Kesukaran menembusi pasaran
vii. Menyediakan modal sendiri
viii. Kesukaran mendapat kredit

(c) Terangkan tiga bentuk francais dan berikan contoh bagi setiap bentuk francais tersebut.[6]

i. Pemegang francais berformat
Francais mendapat lesen untuk membuat dan memasarkan barangan daripada francaisor yang menawarkan format perniagaan secara pakej yang meliputi hak penggunaan harta intelektual.
Contoh: logo, jenama, goodwill; strategi pemasaran, operasi, pengiklanan, perakaunan, dan latihan; KFC, McDonald

ii. Francais pengilang produk
Francaisi menerima lesen untuk mengeluarkan barangan mengikut formula, resepi atau reka bentuk francais.
Contoh: pembotolan pepsi cola

iii. Francais wakil pengedar
Francaisi dimestikan memasarkan barangan keluaran francaisor secara eksklusif mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan oleh francaisor.
Contoh: Shell, BP, Mobil, dll.

iv. Penganjur
Bertindak pengajur kepada francaisor.
Contoh: Pernas Edar, G-Mart

0 comments:

Post a Comment